Huwa huwa huwa…..

Alhamdulillah…Semoga aku akan jadi lebih SABAR dlm melayan karenah daus yg dh macam2 dan karenah bakal adik daus ni…hehhee..

Besday kali ni…hanya ucapan n dinner je …tp ok la dr xde pape…syukur !!!

Nilah hadiah paling istimewa untuk aku + a.zul + daus sempena besday aku :

It’s a Girl …..

Harap2 sampai lahir bayi ku tepat seperti yang di jangka …insyaAllah

April 5th, 2009 at 7:35 pm | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

17 March 2009

** Semoga kekanda ku lebih sabar dan tabah dalam melayani kerenah aku +anak + bakal anak aku …

** Semoga jadi lebih penyayang + + + gitu …. i like it !!!

** Tak mampu nak bagi hadiah rumah sebijik / kereta baru sempena meraikan besday ni….tp ayg bg Wallet baru tuk abg sbb wallet abg dah uzur ….hehheehhe

** Tak sabar nantikan kelahiran baby ke dua ni…semoga sempurna sifat kejadiannya + sihat sempurna insyaAllah….

March 18th, 2009 at 8:59 pm | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

G mandi manda kat lata Kinjang & lata  iskandar ….

g 2 family dgn akak ipar aku…sekali dengan adik aku yg belajar d poli sabak dan mertua ku (sampai mabuk2 mertua aku..cian dia) … tapi syok woooo !!!… kebetulan masa sampai lata kinjang xberapa ramai org lagi…so ada la port pondok…siap pasang buai tdo daus lagi…hehheee….

sampai dlm kul 10.30 la kurang lebih…. daus br je bukak pampers nya dah banjir. belum pape lg banjir dulu…terus masukkan dlm air n mulakan perendaman…. hehe…mandi dan mandi…naik mkn2 pastu mandi lagi dan lagi…. smpi kul 1 br naik…enjoy banget !

salin pakaian …daus tertido dlm dakapan…masukkan dalam buai…pastu ummi n abah daus g mendaki smpi ke atas…penat woo mendaki tp syok !!..sib bek baby dlm perut ni ok2 je….so xde mslh la…dh puas bergambar dan tgk pemandangan..turun ! …smpi bawah tgk daus dah bangun….kemas2 gerak nak g lata iskandar lak(around 2.30pm)

ujan turun dgn jayanya….smpi lata iskandar berenti mkn…pastu g kat lata nya utk bergambar2 aje… x mandi dah..sbb br pas ujan dan dah puas mandi kat lata kinjang….pastu akak long i teruskan perjlnn naik ke cameron…

kami lak turun blk….nk singgah sat umah makcik ku d Behrang (tempat jin bertendang).. plan: masuk tol tapah dan nak kua tol behrang…. mmg nasib x menyebelahi kami….kesesakan lalu lintas yg teramat teruk sbb ada kerja2 penurapan jalan ….stress siot…5.30 pm masuk tol tapah…..9.50pm br kua tol behrang…..bukan jauh pun…sekitar 50km je….dugaan tol…

xpasal2 terpaksa stay night umah makcik aku…hehehe….tawakkal je sbb x bawak bekalan susu & pampers yg lebih utk firdaus….mlm2 gantikan susu dgn milo o je…sib bek dia nak..kalau xnk mmg masalah la…sbb x berani nk blk ikut jln hutan ….wakakaaa…

tu la perjalanan perkelahan ujung minggu ku yang lepas….apepun mmg syokkk. enjoy….

nanti aku upload lg picture2 yg lain…sbb ada pada kamera anak buah ku…

…like it…

March 10th, 2009 at 11:31 pm | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

7 February 2009 - Plaza Alam Central, Shah Alam

Tournament di antara staff2 ORSB anjuran sport & welfare club …

Kebetulan rezeki aku dpt 1 team dgn abg…mudah sikit la nak uruskan firdaus yang turut serta menyibukkan diri dlm game ni… 1 team 4 org…

Mmg x jangka boleh menang ” 1ST PRIZE  ” kategori berkumpulan…. heheee.. klakar tol….sbb nampak team2 lain semua hebat2…

Apepun memang enjoy sgt2….start kul 10.30 habis dalam kul 1.30

Blk singgah Giant mkn mee sizzling…pastu blk umah solat n terus TIDOOOO .. very2 tired maaaa….

Dan alhamdulillah jugak la sepanjang game…baby dalam peyut ni xde masalah.. maintain main bola 10 je….

Thanks my team

February 10th, 2009 at 11:36 pm | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

JULY 2009

Semoga d permudahkan aku dalam proses melahirkan nanti…

Semoga aku + bakal baby nnti sama2 selamat dan sihat serta sempurna kejadiannya..insyaAllah …..

Semoga di murahkan rezeki kami sekeluarga dan sentiasa d berkati oleh-Nya .. insyaAllah ….

My due date : 12 July 2009

Anak2 aku lahir d bulan nombor ganjil..hehhe

Ada cadangan nama tak ? Nama yang bermula huruf F….. sbb yg pertama : Firdaus (13 Mei 2007) …

…………………………………………..” love my life “………………………………………….

February 5th, 2009 at 5:42 pm | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Aritu aku attend STS - HERBALIFE kat ritz carlton hotel KL. Ni yang ke-2 la aku attend STS . Ramai gak yang joint seminar ni…. ticket rm 70.00 . Bila aku tengok2 orang2 berjaya yg naik ke pentas utk membanggakan diri atas kejayaan diorang, hanya ada 2 org je orang kita ” orang melayu”  yang duduk dlm golongan Millionaire Team ( betul ke ejean ni? …leh la)…. selebih nya cina n warga asing yang berbisnes d malaysia.

Byk gak la yang d pelajari dr seminar ni…dengar n share cerita2 mereka. ada yang dr mekanik kete leh berjaya.Woww mmg xcellent !!… org yang berpenyakit asma tahap kritikal pun sembuh selepas guna Herbalife…mmg menakjubkan la dgn kuasa Allah kan….

Seminar ni naikkan semangat aku balik la utk teruskan usaha aku ni … insyaallah….semoga Allah mudah kan urusan aku…. yang penting kene ikut laluan yg betul utk berjaya…usaha dan usaha dan usaha smpi berjaya.. nak berjaya bukan mudah !!!

ni ada gambar  aku n upline2 aku n peserta2 yg baru joint under Cyber Slim Center …..

inilah kami….

aku,kamal,awie.en rashid,leh n adik ipar en rashid…..

KEJAYAAN TIDAK AKAN DATANG BULAT2 TANPA USAHA ….

baini@cyberslimcenter.com

November 21st, 2008 at 12:58 am | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

arini last raya….(29 october 08)

Alhamdulillah daus dapat kumpul angpow raya rm 200 ++ …. semoga Allah sentiasa murahkan rezki anak ummi ni…

Ummi ajar firdaus menabung dari kecik k..biar nanti besaq x jadi seorang pembazir dan suka menabung ….

Ummi tabungkan dalam tabung haji,..nanti  bila dah cukup duit n dah cukup umur kita g tunaikan umrah dan haji sama2 k sayang…

We love u ever n forever …..

October 28th, 2008 at 9:12 pm | Comments & Trackbacks (2) | Permalink
Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.
Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti…
Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama….
Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen…
Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama…
Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh…
Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu…
Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..
Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.
Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene
pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.
Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..
Woakakaka….penat aku nak tulih lagi nie….

heheheee….


September 22nd, 2008 at 7:15 pm | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Lailatul qadar..

  “Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.

  Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

  Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

  Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

  Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

 
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan
ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud
fikir aku.

  “Kenapa?” tanya Abah.

 
“Lailatuqadar, ” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

  “Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”

  Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

 
“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu
kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, ” sambung Abah memaki lagi.

 
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah.
Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung
lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Hehhehhe.. Sekian..

September 11th, 2008 at 5:18 pm | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Kete aku….
Leburkan RM2400 utk dpt kan hasil yg lebih baik…tp yg aku tgk hasil dr RM2400 tu :
1. Masih nampak lg kesan2 rekahan asal d sekitar body …..
2. Cat kete tu ala2 tompok2 taik untaaaa….
3. Lampu signal kanan pecah…..
4. Ada calar2 …..

aku rasa dia jd mcmtu sbb :
1. Org tengah tu x bg deposit yg abg dahulukan (rm400) masa anta kete mula2…
2. Org tengah tu makan duit deposit tu….

Semoga dia mendapat balasan setimpal dengan hasil usaha jayanya tu mensabotaj org …..

Bila aku total kan semua yg telah d belanjakan : RM3430 ….ANY KOMEN ?

September 3rd, 2008 at 11:19 pm | Comments & Trackbacks (0) | Permalink