Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi
aturkan segalanya.
Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti…
Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu,
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama….
Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen…
Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama…
Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh…
Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu…
Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..
Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.
Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene
pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.
Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi
uruskan semuanya..
Woakakaka….penat aku nak tulih lagi nie….

heheheee….


September 22nd, 2008 at 7:15 pm | Comments & Trackbacks (43) | Permalink

Lailatul qadar..

  “Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.

  Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

  Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

  Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

  Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

 
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan
ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud
fikir aku.

  “Kenapa?” tanya Abah.

 
“Lailatuqadar, ” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

  “Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”

  Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

 
“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu
kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, ” sambung Abah memaki lagi.

 
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah.
Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung
lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Hehhehhe.. Sekian..

September 11th, 2008 at 5:18 pm | Comments & Trackbacks (48) | Permalink

Kete aku….
Leburkan RM2400 utk dpt kan hasil yg lebih baik…tp yg aku tgk hasil dr RM2400 tu :
1. Masih nampak lg kesan2 rekahan asal d sekitar body …..
2. Cat kete tu ala2 tompok2 taik untaaaa….
3. Lampu signal kanan pecah…..
4. Ada calar2 …..

aku rasa dia jd mcmtu sbb :
1. Org tengah tu x bg deposit yg abg dahulukan (rm400) masa anta kete mula2…
2. Org tengah tu makan duit deposit tu….

Semoga dia mendapat balasan setimpal dengan hasil usaha jayanya tu mensabotaj org …..

Bila aku total kan semua yg telah d belanjakan : RM3430 ….ANY KOMEN ?

September 3rd, 2008 at 11:19 pm | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

DUIT ?…
Tak mudah nk dapat duit dgn cara yg betul…. sbb tu ramai yg suka cari duit bg mkn anak bini dgn duit hasil titik peluh menipu…
AKU +ABG kene tipu….
Mmg "past is past" ….tp sakit hati jugak laa…mcm ni citenya:

aku n abg cadang tukar kaler utk kete yg dh nmpk agak lusuh n berlubang2 sikit…. 1st ckp RM 1800 maximum….guna jiran ni utk collect kete tu dr workshop ….dia kata total semua RM 2400 …. RM600 dia kenyang kat situ !!! ….takpelah….

kete tu kene turun enjin utk repair ada sebahagian part yg perlu d ganti sbb bermasalah…anta kat dia jugak sbb xtau cite asal pasal xtra rm 600 tu lg time tu… abg beli barang original yg nk d ganti dgn bahagian2 enjin yg perlu d ganti tu… letak kat umah dia…lepas seminggu ada kat umah dia…(BARANG TU SEMUA HILANG).. dia tpon tanye " mana letak barang nya ?…." =KANTOI… sbb dia kata dia xtau pun yg abg dh beli brg tu,tp tpon tanye mana brg2 tu !!!….. dia kalau betul2 xtau..mesti tanye soalan " mana duitnya, kata nak repair kete ni" …..betul tak ???????? ……angin siot !!!…. RM 350 total barang2 original tu …kalau RM 3.50  xpelah…. kalau kami ni org kaya mungkin xterasa la kehilangan rm 350 buta2….

Mmg tensyen …..abg pun xleh kata ape dah…. "benda dah jadi" katanya… tpon "dia" tu blk n ckp nk angkat kete tu g workshop lain…."dia" kata MANA BOLEH" dgn bongkaknya….xpe….pangggil TOW tarik kete dgn enjin2 sekali….

"Dia" buat mcmtu sbb dia xleh "makan" lebih…
mmg jahat n busuk hati ini worang ar….
1 pengajaran utk aku n abg la…

moral of the story : Jangan percaya kan orang walaupun dia rapat dan kenal dengan  kita …..

-Aku yang geram-

August 26th, 2008 at 2:15 am | Comments & Trackbacks (2) | Permalink

Mmg dasar pencuri…..
Petty cash ( duit collection utk beli paper) opis aku kene curi dgn contractor. Tak berkat la hidup ko pencuri…..

Last ari jumaat aritu ada lg…aku ingat lg sbb time tu nk amik charger hp ( yg d letakkan bersebelahan petty cash tu ) ….semalam(isnin nya) aku nak letak blk charger hp tu (yg aku bawak blk wekend utk charge hp kat umah) , tgk2 dh lesap…. sure masa wekend diorang wat keje tu diorang curik…. jahat !!!…

Apepun syukur jugak la sgt2 sbb dlm petty cash tu sikit sgt2 duitnya…bob pinjam x bayar lagi….kalau la dia dh pulangkan duit yg dia pinjam tu…rasa nyesal gak la atas kehilangan tu….syukur ya Allah…..

pesanan utk para pencuri :
Ko curi la barang yg dah sah2 bukan milik kau… pastu nnti kat akhirat nnti bawak laa benda yg kau curi tu cari pemilik asal barang tu…nak merungut pun xde sape nk endah….

tu je la nk cite…make sure kehilangan petty cash ni tak blh sampai ke pengetahuan "zaza" …..nnti jd complicated lk kang…wakakakaaaa……….

chow

August 18th, 2008 at 5:39 pm | Comments & Trackbacks (1) | Permalink

        Akhirnya insan yang bernama suami selamat tiba di KLIA jam 11.10 pm.Penerbangan dr Bangkok pukul 845 waktu mesia. Syukur alhamdulillah….Perkataan pertama yg kua dr mulut aku bila ternampak dia kat airport : " cerah lak suami aku ni "….. hehehhee.mungkin kat sana duk dlm aircond yg terlalu sejuk kot.tu yg cerah kulitnya…hehehee
        Firdaus sampai tertido2 tunggu abah dia turun flight…cian anak ummi ni… kami sampi KLIA kul 1030pm, mas tunggu abah dia tu,puas la dia round2…ada auntie tu bg dia coklat citcat…hehehe…thanks auntie…
        Bila abah dia dah sampai, masuk kete nk balik dia terjaga lak…" eh sape sebelah aku ni…bermimpi ke aku ni"…..hahaa… "eh abah aku la rupanya..huyee"… Sampai skrg pun dia asyik tersasul je…panggil abah dia  "atuk".. maklumlah 3 bulan duk dgn atuk n nenek,atuk layan kerenah dia je….klakar tul…

Apepun,syukur pada ilahi la kerana abg zul selamat kembali ke pangkuan kami…. dan bawak ole2 utk kami….

Rotation_of_abg1 we luv u so much…..

July 30th, 2008 at 12:50 am | Comments & Trackbacks (1) | Permalink

MUHAMMAD TAUFIQ B ZAINAL ABIDIN…

Layak terima award " THE BEST BOSS"….seorang yang mempunyai bakat n memahami. tapi sayang,dia dah xkeje dgn kitorang lg….agak sedih la …tu la kan..kalau org baik ni semua org sayang….dia cube utk majukan mental n fizikal company ni…. tp usaha dia xblh berkembang atas alasan2 yg sukar utk d  huraikan… xpelah…

semoga en taufiq sentiasa dlm lingkungan rahmat keberkatan Allah…. Kami kat TTC ni sentiasa doakan yg terbaik ….DECEMBER 2006 - 15 JULY 2008…..

harap kalau ada boss baru pas ni…biar lah lebih baik atau setaraf dgn en taufiq….

July 21st, 2008 at 2:24 am | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Ada seorang gadis buta yang membenci dirinya sendiri kerana kebutaannya
itu. Tidak hanya terhadap dirinya sendiri, tetapi dia juga membenci semua orang
kecuali kekasihnya. Kekasihnya selalu ada disisinya untuk menemani dan
menghiburkannya. Dia mengatakan akan menikah dengan kekasihnya hanya jika dia
boleh melihat dunia.

Suatu hari, ada seseorang yang mendermakan sepasang mata kepadanya sehingga dia
dapat melihat semua benda, termasuk kekasihnya.
Kekasihnya bertanya, "Sekarang kamu dapat
melihat dunia. Apakah kamu mau menikah denganku?"
Gadis itu tergamam semasa melihat bahawa kekasihnya juga buta. Dia menolak
untuk menikah dengannya.

Kekasihnya pergi dengan air mata mengalir, dan kemudian menulis sepucuk surat
singkat kepada gadis itu, "Sayangku, tolong jaga baik-baik mata
saya."

* * * * *

Kisah di atas memperlihatkan bagaimana fikiran manusia berubah apabila status
dalam hidupnya berubah. Hanya sedikit orang yang ingat bagaimana keadaan hidup
sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang ingat terhadap siapa harus berterima
kasih kerana telah bersama dan menumpangkannya  terutama dimasa yang
paling menyakitkan.

Hidup adalah anugerah

Hari ini sebelum engkau berfikir untuk mengucapkan kata-kata kasar - Ingatlah
akan seseorang yang tidak boleh berkata-kata.

Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu - Ingatlah akan seseorang
yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum engkau mengeluh tentang suami atau isterimu - Ingatlah akan seseorang
yang menangis kepada Tuhan meminta pasangan hidup.

Hari ini sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu - Ingatlah akan seseorang yang
begitu cepat pergi ke syurga.

Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu - Ingatlah akan seseorang yang
begitu mengharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya.

Sebelum engkau bertengkar kerana rumahmu yang kotor, dan tidak ada yang
membersihkan atau menyapu lantai - Ingatlah akan orang merempat yang tinggal di
jalanan.

Sebelum merengek kerana harus memandu terlalu jauh - Ingatlah akan sesorang
yang terpaksa berjalan kaki untuk menempuh jarak yang sama.

Dan ketika engkau letih dan mengeluh tentang pekerjaanmu - Ingatlah akan para
pengangur, orang cacat dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.

Sebelum engkau menuding atau menyalahkan orang lain - Ingatlah bahawa tidak ada
seorang pun yang tidak berdosa dan kita harus menghadapi pengadilanNya.

Dan ketika beban hidup kelihatannya akan menjatuhkanmu - Pasanglah senyuman di
wajahmu dan berterima kasihlah pada Tuhan kerana engkau masih hidup dan ada di
dunia ini.

Hidup adalah anugerah, jalanilah, nikmatilah, rayakan dan isilah ia.

NIKMATILAH SETIAP SAAT DALAM HIDUPMU, KERANA MUNGKIN IA TIDAK AKAN TERULANG
LAGI

June 25th, 2008 at 11:03 pm | Comments & Trackbacks (1) | Permalink

5-7 June 2008…..
Orogenic Family Day 2008…. 1 percutian yang mungkin best la bg mereka2 yang dapat menikmati sepenuhnya percutian ni…Destinasi kali ni kat Damai Laut,Lumut.
Bawak kamera tp bateri problem lak…so xde la gambar melainkan dr kamera apiz je.Cedih tul…….

    Aku g berdua je dgn Firdaus…agak sedih gak la sbb percutian tanpa hubby … agak meletihkan jugak la sbb Firdaus xnak dengan sesapa….yang dia tau ummi,ummi,ummi sahaja…..Tapi dalam keletihan dan kesedihan dan ketensyenan percutian ni, aku bersyukur sgt sbb aku dapat merasai nikmat sebenar mengasuh Firdaus tanpa bantuan sesapa….Br aku tau x mudah nak mengasuh sendirian ni…
    Xde xtvt ape pun yg aku dpt joint dlm fmly day ni….melainkan melayan karenah manja Firdaus….
    Last day,checkout kul 11am…2 kete konvoi blk (aku,firdaus,zaini,mirul,bob,aizat n radz)..sepatutnya plan asal konvoi 4 kete…tp sbb alasan2 sampingan,maka 2 kete je la konvoi blk….singgah pulau pangkor lu sblm blk…time ni br firdaus nak dgn bob,mirul n zaini…lega aku…hahahaa….kua dr pangkor kul 6pm… terus gerak blk,singgah solat jap n mandikan daus jap…pastu teruskan perjlnan… smpi umah kul 1030pm….wakakaaaaa….penat giler !…daus mmg xsedar diri smpi la kat umah….heq3…
    Apepun,Aku bersyukur sgt sbb dr insiden percutian tanpa sesapa ni,Firdaus semakin rapat dgn aku…..Happy banget dong…..

June 14th, 2008 at 12:12 am | Comments & Trackbacks (0) | Permalink

Img_0040
    On your birthday…
Ummi and abah ucapkan SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.Semoga:
    ** Muhammad firdaus menjadi anak yang Soleh,taat perintah Allah dan Rasul, menghormati org tua,Menyayangi ummi dan abah sepenuh hati,bersifat dgn sifat2 mahmudah,menjauhi sifat2 mazmumah.
    ** Muhammad Firdaus rajin2 belajar jadi budak bijak dan pintar.

Umur setahun,kita sambut tanpa abah di sisi sbb abah xde kan syg…abah g kerja cari rezeki…kita doakan abah semoga d permudahkan segala kerja, d berikan kesihatan yang baik,d lindungi Allah di mana saje abah berada di sana tu…. Firdaus jgn nakal2 k…nanti ummi babab !!!

Ummi dan abah sayang firdaus sepenuh hati….
ummmuuahhhhhh

May 12th, 2008 at 11:04 pm | Comments & Trackbacks (0) | Permalink